BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Himpunan Cerita lucu!!

1- Fahmi adalah seorang pemilik sebuah bengkel kereta sedang sibuk memperbaiki sebuah kereta yang rosak... tiba2 didatangi oleh seorang doktor bedah terkenal yang juga ingin memperbaiki keretanya yang mengalami sekidit kerosakan..

"Assalamualaikum doktor..." tegur Fahmi... "Saya sangat mengenali doktor kerana wajah doktor sering keluar majalah, suratkhabar dan TV..

Setelah doktor menerangkan masalah keretanya... Fahmi cuba bertanya...

"Cuba Doktor lihat, pekerjaan kita hampir sama. Mengambil sesuatu yang rosak, menggantinya dengan yang baru dan "sembuhlah" ia." "Yang saya hairan, kenapa saya tidak boleh sekaya Doktor?" tanya Fahmi.

Doktor itu menatap wajah Fahmi dan bertanya balik.. "Pernahkan awak mengerjakannya dalam keadaan mesinnya masih hidup?"
___________________________________________________________________

2- Sekembali Rosyam dari sekolah... dia terus menghampiri papanya.

Rosyam : "Papa, saya ada berita gembira buat Papa!"

Papa : "Wow.. berita gembira apa tu?"

Rosyam : "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000.00 yang Papa janjikan kalau saya lulus periksa?"

Papa : "Tentu papa ingat."

Rosyam : "Kalau begitu, Papa boleh simpan wang itu."
____________________________________________________________________
3- Kajian Menarik terbaru..

Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt



Wanita:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

(maaf ye..tiada niat untuk mengata...hanya untuk hiburan semata2...)
____________________________________________________________________
4- Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
______________________________________________________________________
5-"Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan, ternampaklah tiga budak sedang bersembang. Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan...

Budak A " Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa "
Budak B dan Budak C menjawab " Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan....

Budak A meneruskan cerita.." Bapak aku jadi perejam lembing, punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam, bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing itu jatuh ketanah "

" Itu tak heran " kata Budak B " Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling cepat dalam bab lari ini" kata Budak C. " Bapak aku kerja di Alor Setar tapi tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.15 petang, pukul 3.50 petang bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya pak aku berlari. "

Moralnya... bapak macam ni banyak. pejabat belum tutup dia dah ada kat rumah.

Janganlah kita jadi bapak macam ni.... insaf..insaf...

Tuesday, July 28, 2009

Pembuka bicara...

1 of my new assignment...huhuhu...subjek engineering computing mmg wat mindaku teruji kembali...igtkn cukup la ilmu aku sekadar pandai taip2 jer..hahaha...rupanye byk lg ilmu yg aku tak tau ttg komputer ni...well,this is it..my new life...selepas 5 tahun belajar kt sek men (sek agama ooo...),akhirnye melangkah juga aku ke alam pembelajaran yg baru...aku dah mula membiasakan diri dengan keadaan cmni..kalau x,abis la aku...Skrg aku kt UiTM Shah Alam,amek course asasi kejuruteraan...pelik kn...nk wat cmner..nk amek medik,x layak...jd,ni rezeki bagi diriku,dan aku redha..so,aku x kan menoleh lg..aku akan cuba berusaha bersungguh2..supaya aku dapat menjadi anak yg berguna utk kedua ibu bapaku...insan yg berguna utk keluargaku..yg dapat menyara keluarga yg akan aku bina satu masa nnti...mesti la!semua org nk kawen..kn..hehehe..dan kpd insan yg bernama durrah dahiyah..semoga durrah berjaya menjadi spt yg durrah harapkan...
ini baru permulaannye!!so,welcome to my blog!!