BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 5, 2009

Marilah kita bersama2 bermuhasabah diri..

Salam hormat pembaca yang dirahmati ALLAH

Baiklah, aku mulakan apa yang ingin dikongsikan pada hari ini dengan sebuah cerita. Bukan cerita tentang tol, bukan cerita pilihanraya, bukan juga cerita tentang pemimpin negara tetapi cerita tentang pemimpin Islam Nabi Muhammad S.A.W

Diriwayatkan suatu ketika Rasulullah sedang berjalan ke masjid kemudian baginda ternampak syaitan berdiri di hadapan pintu masjid sambil matanya terjegil memerhatikan sesuatu

cuba korang bayangkan camana rupa syaitan terjegil biji mata tu…

Selepas melihat kejadian itu, baginda bertanya ” hai Iblis!! engkau buat apa???” lalu syaitan menjawab ” sebenarnya aku nak masuk ke dalam masjid untuk mengganggu solat pemuda itu, tetapi aku takutkepada orang yang sedang tidur berhampiran pemuda itu.

Rasulullah kehairanan lalu bertanya kepada iblis lagi…” hai iblis!! mengapa engkau tidak takut kepada orang yang bersembahyang?? sedangkan mereka itu dalam keadaan beribadah serta bermunajat kepada ALLAH. Mengapa pula engkau takut pada orang yang tidur sedangkan mereka itu sudah tentu dalam keadaan lalai??

Korang rasa mengapa????

ayuh kita sambung cerita ini...

Syaitan terus menjawab ” sebenarnya orang sembahyang tu orang yang jahil, jadi cukup mudah bagiku (bukan aku) mengganggunya, sedang orang yang tidur itu alim. Jadi aku bimbang kalau2 dia terbangun membetulkan kesilapan pemuda itu, ataupun memberitahu perkara yang merosakkan sembahyangnya”.

RENUNGAN: Daripada cerita itu dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu itu penting dalam menjalani ibadah. lantaran cerita itu juga Rasulullah bersabda

Tidur orang alim lebih baik daripada ibadah orang jahil

Dalam menuntut ilmu, rintangan harus ditempuhi dan disiplin ilmu juga mesti dipatuhi. Rasulullah juga ada memberi pandangan bagaimana untuk menjaga disiplin ilmu agar kita menjadi pelajar beradab serta mampu beramal dengannya.

Tambah Rasulullah lagi, dalam sabdanya ” Barangsiapa yang ingin mudah mengingati ilmu yang dipelajarinya, maka adalah wajar baginya membiasakan atau melazimi 5 perkara”

1. Mendirikan sembahyang malam (qiamullail) meskipun hanya 2 rakaat.

2. Sentiasa berada dalam keadaan berwuduk.

3. Sentiasa bertaqwa kepada ALLAH samada ketika berada di khalayak ramai atau sorang diri.

4. Mengambil makanan sekadar untuk beribadah iaitu sekadar untuk menguatkan diri beribadah kepada ALLAH.

5. Sentiasa membersihkan mulut

Apa yang dinyatakan kat atas tu juga adalah untuk aku sendiri. Jadi, marilah kita muhasabahkan diri selalu agar kita sentiasa dalam keaadaan yang dirahmati oleh ALLAH. Bermusahabah dengan apa yang kita lakukan untuk kenikmatan dunia dan juga bermusahabah untuk apa yang kita telah lakukan untuk bekalan akhirat kita…

Salam hormat

terima kasih kepada pemilik post ini,saudara Afzai Afandi...

0 comments: